Ekin Dorani & Pulau Perhentian

haluuu whaddup?

mood tengah rajin nak cerita pasal Pulau Perhentian & Pulau Langkawi. kira major throwback lah sebab dah setahun lebih  dah pi hahaha sekarang baru nak update. old wise said better late than never aite? :P

before that, i wanna tell you how i met ekin dorani. lawak balik bila ingat balik lol. well, kami kenai kat ig ja. ekin ni kira ex gf kepada ex bf aku. aku ada gak ah stalk ekin masa dok couple dengan ex bf aku tu lol dasar pompuan kaki stalker! then tak lama lepas tu ekin approach aku dulu. so dari situ la weols jadi kawan. ekin ni orang sarawak.

kira trip ke perhentian ni first time la kami jumpa. dia stay kat rumah aku. before kami pi perhentian, last minute plan came up. the aliens ajak pi langkawi. so weols pun on ja la sebab tak clash dengan hari kami nak gerak pi perhentian. kami pi langkawi sat ja. 2 hari 1 malam sebab hari seterusnya aku and ekin dah nak gerak pi perhentian. sampai sana gamble ja cari hotel based on budget. so dapat la hotel tu RM180/per night if i'm not mistaken.

last day in langkawi



esok malamnya, aku and ekin bertolak ke kuala besut, terengganu. nasib baik memang stesen bas and jeti kuala besut memang dekat sangat. walking distance ja. so tak risau la sampai waktu subuh tu. sampai ja kat kuala besut, kami pi kat tempat yang kami dah deal pakej ke perhentian tu. amboi ramai gak foreigner lain dah sampai. memasing dok melepek kat office tu. kami stay kat office depa sementara tunggu boat pukul 8 am. okay la office depa tu ada toilet, boleh tukar baju and gosok gigi apa semua.

pagi tu hujan renyai-renyai. laut tak la bergelora sangat pun but still okay la aku tak mabuk laut. musim yang kami pi ni tak berapa best sangat sebab hujan sikit. siang-siang panas. malam ja hujan. weh sejuk kot hahaha pepagi buta tu lagi la. ketaq weh memasing.

sampai ja kat pulau, kami kena berjalan and mendaki sikit untuk sampai ke ewan's place. chalet bajet ja but bersih! check in dulu then rehat, kemas-kemas barang apa semua. petang tu kami pi long beach. ni pun kena jalan jauh jugak, kena mendaki sikit. sampai ja kat long beach tu, aku macam terkedu terok weh! sebab cantik ya amattttt pantai, laut. biru, jernih. kat mulut ni dok sebut sebut ya allah cantiknyaaa cantiknyaa cantiknyaaaa. you know kan that feeling?

panas terik gak ah sampai pijak pasir pun rasa nak terlompat-lompat sebab panas berdesing. tapi cover gak ah. malu ngat aih hahaha then we decided cari boat untuk bawak kami pi kat kincir angin. berbaloi jugak la dapat harga okay untuk pi and balik. ada ja jalan darat untuk pi sana. tapi kami ni malas nak hiking bukit tu sebab nak feel naik tangga tinggi nak mampuih tu hahaha

sumpah best gila pi kat kincir angin tu!! amazing gila dia punya view. sampai sekarang fresh lagi dok terbayang moment masa kat sana. sumpah penat panjat tangga tu. nak naik tangga tu kena hati-hati banyak  sebab ada yang dah reput and ada bahagian tangga yang dah takda.deck yang paling bawah tu lagi la, tunggu masa nak jatuh dalam laut ja tengok gaya dia senget tu. but it's so fun! nah aku lanje gambar and video

ni la deck paling bawah tu.
eh ke orang panggil base eh? hahaha tah la janji hampa faham. senget tunggu masa nak sembah laut ja tu lol

hang boleh bayang dak penat dia tu macam mana? perghhh kejang habih segala urut murat nihhh

nampak dak betapa karatnya tangga tu

ni dah kat tengah-tengah dah. dari atas lagi lawa weh! amazing view kannnn. rindu!
kat bawah tu boleh snorkeling tau. tinggai berani tak berani ja. banyak ja mat saleh kat bawah tu dok snorkeling

ni masa tengah tunggu boat pick up kami. tu baru tak sampai sehari aku dah burn terok. bayang kan la dok situ 3 hari macam mana hahahaha sapa takut hitam and tak cepat koyak, jangan pi!

masa snorkeling best gila weh! laut bergelora sikit but aku still berani terjun. ekin dah mabuk laut. so aku turun sorang-sorang. masa tu jugak laaa waterproof case action cam aku nak problem eeeiii geram ja. sempat record sikit ja footage hmm rugi. then lepas snorkeling tu we wnet to kampung nelayan untuk lunch. lucnh dah include dalam pake snorkeling dah. kebuloq weh aku makan. orang lain tak makan tara mana sangat sebab takut mabuk laut and muntah masa naik boat. hahaha aku takleh do perut lapaq dok tahan tahan. thank god aku ni bukan jenis mabuk laut. layanzzz

ni masa kat kampung nelayan

kampung nelayan again. cantik kann wehhh rasa nak dok sini ja takmau balik
 and cintaku tertinggal di pulau perhentian <3

so blue air laut tu! ikan bilis kot bawah tu

settle trip snorkeling, kami balik bilik. rehat, mandi apa semua. malam tu we went to long beach. malam malam memang situ hidup la weh meriah. next time nakpi perhentian tu nak duduk kat long beach pulak la. coral beach osan hahahaha

makanan mahal beb dalam pulau. aku recommend hampa pi makan kat restoran ewan tu. sumpah makanan dia sedap and berbaloi dengan portion depa. paling penting tempat dia bersih! lepak situ ada wifi. oh btw sapa guna digi, memang takdak line langsung kat situ. 3 hari 2 malam aku dok situ memang tak  boleh contact sapa pun. pishanggg

pastu kat perhentian ni jugak ada satu kejadian kus semangat aku. handphone aku jatuh dalam air laut! shieettt dah fon tu memang problem dah. celup ayaq masin pulak. mereng terus fon tu. sampai ke sudah rosak aku tak pi repair pun. sedih ah dalam tu banyak gambaq masa kat perhentian and langkawi T____T

dah penat nak cerita. bukan hampa baca tara mana pun. blog ni lebih kurang macam journal aku ja. kalau hampa baca, memang aku tabik spring. sanggup baca pepanjang. besa la orang malaysia kan malas membaca panjang-panjang ni

nah to sum up the perhentian story. aku guna footage yang mana ada ja la eh



No comments: