Paah dah kahwin!

Hello guys. Waddup?
Ada lagi ka baca blog ni👀 hahaha mampus lah

Now aku otw pi kenduri kahwin. Since menganggur ni, ikut parents pi makan kenduri kahwin aje leee. Makan free kot. Gila takmau ihiks. Tapi picang gak ah mai kenduri, kena tunggu mak mak pak pak menyembang reunion apa bagai.

Adalah lebih afdhal aku sembang dengan blog aku😝 Dah alang-alang mai kenduri, aku nak hapdet sikit my classmate aka coursemate aka kawan rapat masa degree dah kahwinnnnnn. Wuhuuu

2 minggu lepas (mak aih baru nak hapdet, pi kat hang), dapat invitation Paah nak kahwin. Actually weols tau dah Paah plan nak kahwin since practical haritu hewhewhew. So, on the actual day aku tumpang Sha. Ain pun ada. Boleh pulak Puma aku rosakkkkkk time tu😭 patah kaki sat

Btw kenduri Paah ni kat Perlis. Jauh jugak la sebab tak besa pi hahaha kami 3 ekoq dok ketaq perut dah lapaq😝😝😝 Once we arrived, serbu khemah makanan aaaa. Dahsyat attitude hampa. Kot nak tunggu jumpa Paah dulu😂 time kami sampai tu Paah dok tengok photoshoot atas pelamin whilst tunggu pengantin laki sampai. Okay boleh diterima attitude ittew haha

Sumpah Paah was sooo pretty in her pink purple dress. Serious lawa. Aku jarang nak puji puji ni kakakaka nah tengok ah pics caya tak caya how beautiful she is

No comments: