VIVA!

Hello peeps.

Harini nak cerita sikit pasal hari viva aku 26 Jun 2016 haritu. Fuhh memang complicated. Tersangat down. Memang nak nangis kat depan tu jugak. Dah la first presenter untuk tajuk group aku. Perghhhh pegi diaaa. Merecik.

Segala mak nenek aku dah prepared siap siap before hari terpenting tu. Slides, pratice, 1st draft project and all. Hang tau dak aku berlatih bercakap berbulan sebelum hari viva. Masa practical haritu ada 1 event ni nama dia Malaysia 3 Minutes Thesis. Punya lah aku perhati satu-satu apa benda setiap presenter cakap, slides depa, macam mana depa jawab soalan dengan panel. Fuhh terus nervous macam aku lak present. Nampak dak betapa aku ambik berat gila gila pasai benda ni. Ya ah. Ni la bakal future aku. Bakal nak menentukan aku dapat grad on time or tidak. Harapnya on time lah.

Back to the story, nak dijadikan cerita ni aku tak expect langsung tau kena PRESENT SEMUA BENDA DALAM THESIS TU. Dari A to Z! Ya ah, aku expect just present intro sikit apa benda aku punya research and findings yang aku dapat. Sekali nah ambik kauuuuuu. Kena bambu teruk! Aku tak sempat tepis & menjawab langsung. Memang sebijik macam M16! Bertubi-tubi panels bagi soalan & pertikai research aku.

Alamakk. Aku dah rasa down gila time tu. Panel marah sebab aku present tak follow macam dalam thesis dari intro sampai conclusion. Ya allah. Aku tengok format student uitm untuk presentation cuma letak beberapa benda penting sajaaaa. Dia tak ikut pun turutan setiap satu. Btw viva level degree macam aku ni panel just bagi markah untuk presentation saja. Markah thesis pulak supervisor akan bagi.

Tak sudah dengan tu. Dia kecam lagi pasal format thesis aku. Lahh aku follow guidelines yang lecturer bagi kot. Kebetulan panel aku tu lecturer research method aku sem lepas. Jadinya dia marah la tak ikut format dia. Hahaha dah dia tak state pun apa dia nak tu dalam guidelines. Macam mana aku nak follow? Adoii

And banyak lagi depa bambu aku. Tapi aku tak ingat dah. Pasai dah kena tembak dengan M16, terus blur apa dia cakap. Sekecik kecik alam pun dia nampak salah tu. Haaa hati-hati la hampa yang mana baru nak viva nanti tu.
Habis viva, terus jumpa supervisor untuk final check before print for hard cover. Yes. Aku & group mates kena buat balik thesis tu! Baru dok bayang nak balik raya dengan aman. Terus haritu semua takda mood. Balik la dengan hsti yang lara. Hahaha kesian.


Ni haa first draft thesis aku. Nak dapat ni pun pecah peluh  gak la dok kat kedai printing tu.

No comments: