Pfffftt


"Sometimes guys lie because they don't want to hurt your feeling." 

Sangat tak boleh diterima weh statement tu okayyyyy. HAHAHAHAHAHAHAHA

Setakat menipu tapi nak jaga hati buat apa??? Lagi bertambah sakit hati la kena tipu hidup-hidup woii. Kau nak curang, nak tipu, nak buat apa-apa yang menyakitkan hati tu.. baik berterus terang ja. At least sakit hati tu tak da lah sangat sakit dari rasa sakit kena tipu hidup-hidup.

Kau ingat perempuan ni takda perasaan? Robot?? Kalau dah tau diri tu tak boleh bagi komitmen, baik tak payah buat keputusan nak terima dia. Dia senang, hati kau pun senang tak payah nak create drama swasta murahan layak tapak kaki tu.

Lagi satu, kau tak penat eh menipu? Tak penat ka nak create setiap plot untuk elak dari kantoi?? Ada pulak masa nak buat semua ni kan? Akai letak kat lutut.

Sensitive la sikit wehh. Orang tu sayang kau bagai nak gila, kau buat perangai. Kau langsung tak appreciate dia. Kau tak nampak dia sayang kau. Kau buat endah tak endah ja perasaan dia. Kau rasa nak buat, kau buat. Beragaklah weii.

Bye.


*sorry agak emo. aku sensitive sikit bab ni

No comments: