freedom!

Holla peeps!
copyright of rarahashim.blogspot.com
Last day of lecture week (Semester 5)

Yeayyy end of Diploma in Office Management and Technology!
Ya Allah sekejap ja masa berlalu.
Dalam dok benci, tak suka sambung course ni dulu, at last aku dapat habiskan diploma.
(Insya Allah ni last sem aku)
P/s: Course aku dipendekkan dari 3 tahun kepada 2 1/5 sahaja. So, takda Latihan Industri.
Walaweh macam tak percaya doooooo. GUA SEKARANG PENGANGGUR! HAHAHAHA!

Godek-godek album kat FB, dari sem 1 sampai la sekarang.
Baru aku tau, I had so much fun in this course. Rasa macam, baru falling in love wehh
Apa la lambat sangat effect dia tah. Dah habis belajar baru rasa? Hahaha masalah la lu
Well, tak kenal maka tak cinta dei. Dari benci bertukar suka. :)

Yes. Aku student UiTM but study di Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar.
First impression aku sampai KPTMAS ni...

"Woi awat rumah kedai ni woi. Takkan kot"

Jauh gila dari expectation aku weh. Tambah lak adik aku dapat politeknik arau, kampus lahabau punya besar kalah aku siap ada tasik besar lagi. Terus macam mood ke laut sikit. (Takpa, kami ada bendang. hahaha)
Tapi, dari hari ke hari, bulan ke bulan.. aku dapat la terima hakikat aku belajar kat sini
Lumrah la tu. Kan aku mentioned tadi, "TAK KENAL MAKA TAK CINTA LA DEI"

Kenangan banyak gila kat sini. 
Dari Warung Abang Syukor(Dulu boleh lepak-lepak baik punya tepi bendang dengan pokok-pokok meredupkan keadaan, angin sepoi-sepoi bahasa. Sekarang jalan tu dah dibesarkan, so no more lepak betul-betul tepi bendang), Warung makcik dok jual "cucuk-cucuk", kafeteria (sekarang dah jadi tempat parking motor), class, bilik lecturer, lab, kedai fotostat ZNE dekat insaniah sampailah KPTMAS bakal ada kampus sendiri tak lama lagi. 
Fuhh banyak lagi tak tersenarai.

Bila diingat-ingat balik, tu la the sweetest experiences ever. ;)

Benda paling ingat sekali, the moment masa semester 1 kelas Personality Development. My classmate a.k.a my lesbo partner a.k.a my partner in crime a.k.a segala a.k.a lah, kena halau dengan Sir Shukran sebab tak pakai heels. Tak silap aku dia sakit kaki time tu then takleh pakai heels tapi tak informed awal kat sir.
Hahahahahahaha! (anum jangan marah :P)

Lagi satu kes ni, bertimpa-timpa kat aku. Aku tak paham laa apa sumpahan tangga-tangga KPTMAS ni. Kalau aku tak tersadung, mesti jatuh terduduk/terjelepok atas tangga. Orang lain elok jaaa, mai kat aku. Tak paham betul laaa aku. -____-

k dah. Ada lagi yang lain, tapi satgi sampai esok lusa pun tak habis.

So, sekarang ni dilema bertubi-bertubi nak sambung apa untuk degree.
Ibu suruh sambung Public Management kat UUM.
Corporate Admin atau Office System (uitm)  dok berlegar-legar dalam kepala otak.
Entahlah



No comments: