Short Holidayyy

Ehemmm hai budak sekolah, tengah kalut fikir nak beli baju sekolah, kasut sekolah jenama ini itu ke? Sekolah nak buka tak lama dah kan. Hehehe.

Emm budak spm lak, cemana? Agak-agak ada cam cuak tak result nak keluar tak lama mana dah? ke ada rasa cam usus tengah main pusing-pusing dalam perut? ehehhehe. Takpa, aku faham. Nasib aku dah lepas part seksa menunggu nie. Ehehehe.

ehemm sincerely, #LepasanSPM2TahunLepas

Good luck and have fun kat KEM PLKN tau. Jangan ler  nangis-nangis hentak kaki belipat sebab takmo pi PLKN. Buat buang masa plus malu je perangai cam dak kecik nak chocolate sebab mak takmo beli. Hehehehe. Rugi wooo takpi. Once in a lifetime tuuu. Aku lak PLKN tak panggil. Takpa, bukan rezeki.

K dah stop stop. TERlari topik lak yee. Nak cerita pasal holiday, tetiba terNGANJENG dak sekolah. Alamak, mianheee. :p Joke jerrr.

Disebabkan aku cuti sem haritu tak pi mana sebab cuti aku suka clash ngan tarikh cuti mommy daddy and sister and brother and sister, maka bapak aku dah planned ngan mak aku nak pi KL je. Nak jalan ke mana, cuci mata ke mana semuanya depa tak gitau details. Wuuu, mari ber day dreaming ke mana kita.

Suddenly, the planned kena cancel sebab sebab sebab sebab.... ah malas nak mention, nanti jadi isu. Tak pasal blog aku masuk front page newspaper takpun menjadi bualan hangat seperti Ayana *bukan nama sebenar* Planet Matakaki *bukan nama planet sebenar*. Err takmo lerr populariti murahan. Nak popular bior mahai sikit. Haaha. K joke je. Then ayah buka plan B, naik cruise kat Penang bersiar-siar sekitar laut yang  terbentang luas dengan angin sepoi-sepoi bahasa.

Okaylah, not bad gak plan B ayah tu sebab aku pun tak pernah naik cruise tu. Selalu nampak kapal besaq dabak tersergam indah tu parking kat Swettenham Pier tu jaa.

Oh excited nyaaa boleh naik cruise. Peqak sungguh dah nie. Hahahaaa. Tapi kenyataan esoknya, aku bangun lambat, lajak tidur lak. Hahaha. Bangun pukul 7 something. Nak gerak ke Penang makan masa sejam dua jam mungkin. Nak naik feri dah 30 minit. Padahal cruise nak depart lebih kurang seploh setengah nie.

Dah get ready semua, celapak lah aku ngan adik aku lari  masuk kereta sebab ayah dah bising kami dah lewat. Takut takda rezeki nak naik nanti. Okay bapak aku cam lex lex ja drive, tapi boleh tahan gak pecut. Maka aku kecundang, buat taik mata kat belakang. Miahahaha.

Yeayy sampai dah port nak naik cruise. *skip part naik ferry yang boring itu* Beli tiket, settle dokumen apa tah kat adik bujang aku tu sebab dia lupa tak bawak ic, then menapaklah kami ke sana. *kami org terakhir beli tiket haritu* wuhuuu. Excited wohh nampak kapal tu besaq depan mata, lalu tepi dia (aku terbayang titanic pulakkk)  then panjat tangga goyang goyang tu dari bawah sampai atas. Ngeri.

Dah sampai atas, explore sebahagian kapal separuh then pi makan. Ada bahagian halal and non halal. Don't worry, depa ada letak notice board kecik kat setiap bahagian non halal. Maka sila makan tanpa ragu-ragu. Hehehe. Then sambung explore lagi kapal, snap pics sikit and masuk bilik, tidoq. sebab semua pakat letih turun naik tangga curam. fuhh.

Then 6pm makan lagi. Kali nie makan dok tepi tingkap menghadap sunset. Subhanallah, cantik sangat sunset tu. Lagi selera nak makan. Nantilah aku upload. Laptop aku bengong sikit bila connect wifi dia hang then restart sendiri.

8pm sampai dah kat port. Maka beratur lah sepanjang mungkin untuk turun dari kapal tu. Take time wooo nak turun pun. Sebab ramai kann.

Tu ja lah aku story, malas nak details satu-satu sebab penyakit M sedang menjalar. Okay see ya next time. Sorry post harini panjng sikit. Hehehe. Adiosss. Happy Holiday!

No comments: