Pementasan Teater "Variasi Teater"

Generation Art Young Production (GENARY) akan mengadakan satu pementasan teater dimana ia menggabungkan 5 karya dari 6 penulis yang berbakat. Ini merupakan teater ke-3 kami. Kami juga ingin menjemput anda semua ke pementasan "VARIASI TEATER" seperti yang telah ditetapkan di bawah.

Tarikh: 2 & 3 November 2012
Hari: Jumaat & Sabtu
Masa: 9:00 Malam
Tempat: Dewan Orang Ramai Taman Bersatu Jitra, Kedah.
MASUK ADALAH PERCUMA!

Jom ramai-ramai hadir ke sana bagi menyokong anak-anak muda yang berbakat dalam bidang seni lakonan dan teater. Sokongan anda semua sangat kami hargai.

No comments: