Selamat Berpuasa Bloggers and friends =)

assalamualaikum...
hello nerdians...

sedar tak sedar, kita dah masuk bulan Ramadhan. sekejap ja masa berlalu.
and raya semakin menghampiri. sekejap kan ?
first puasa nie, aku sempat balik rumah. bersahur sama-sama and insyaallah berbuka sama-sama dengan family.
nasib tempat belajar aku dekat dengan rumah. boleh jugak ulang-alik.
yang duduk jauh tu terpaksa puasa tanpa family. kesian jugak aku tengok.
aku nak balik semalam pun tak sampai hati tengok roomate aku yang duduk kat Johor, Penang and Sungai Petani kena bersahur and berbuka tanpa family.
korang sabar okay. pejam celik pejam celik, korang akan balik cuti tak lama lagi.
nanti aku tolonglah korang belikan makanan untuk berbuka.


okay. ini masuk bab interview pulak. 
bukan interview nak kerja. lebih kurang macam pre-interview lah.
kira macam assignment. 15% babe untuk interview nie saja.
so, kami semua diberi masa seminggu  untuk buat resume. cari contoh resume and buat based on that.
nasib ada contoh resume ayah. then, aku translate kan ja dalam english.
interview nie dalam bahasa inggeris okay. jangan nak buat main.
aku gagap kot time interview tu. blur terus. aku pun tak tau sebab apa aku jadi macam tu.
Sir Shukran and Sir Zaki tanya, aku kerja terqenyih macam kerang busuk. jawab tu memang ikut dan ja keluaq.
berterabur kot. malu gila. hahahaha.
alhamdulillah, resume aku semuanya complete and settle interview dengan baik.
pada yang tak complete memang kena mai balik pada hari yang dah ditetapkan.
lepas Sir interview, kena catwalk lah pulak. walawehhhhh...
dengan heels bagai. nasib tak tersadung. hahaha.

satu benda yang buat aku tersenyum sorang-sorang.
Sir tanya, "are you demanding about the salary ?"
aku pi jawab "no. I'm not demanding about the salary"
neahhh, sepatutnya kena demand lah bab nak mintak gaji. demand based on kelayakan kita.
aku nak jawab "yes" tapi nanti mesti Sir tanya "why ?"
aku dengan blur english time tuh. haa, apa pun tak boleh.

by the way, tu pengalaman. nanti bila interview betul-betul, tak da lah terkial-kial kita nak jawab kan ?

okay. thats all.
nanti aku story about the dinner.
bubbye nerdians !

No comments: