Zaman Tadika Dulu...

hello peeps !

wahh, sakan ! dalam masa 30 minit dua entri sekali tu ! hahaha ! gila betul.

baju putih : adik aku, baju kuning : aku
awat rambut aku nampak macam laki ??
kat sekolah rendah, budak-budak laki ingat aku geng depa bila aku pakai baju pengakap.
depa kata "laa, hang pompuan kaa. aku ingat laki" =.="

perghh, seksi ! time nie birthday aku yeahh.
ah, rindu rambut straight yang original tu.

ini time hari raya. waa, serabai gila rambut !

okayyy, itu namanya mukadimah cerita ye sayanggg.... =))

now, aku nak story sikit pasal zaman tadika dulu. nama tadika aku ialah Tadika UUM. dua tingkat tau tadika aku tu. yupp, aku punya tadika dalam kampus Universiti Utara Malaysia (UUM). dua tahun kemudian if tak silap aku, tadika tu telah dipindahkan keluar ke kawasan perumahan kakitangan UUM. which mean, sebelah je dengan UUM tu.

then, tadika tu buat perasmian sebab pindah ke bangunan baru. besar pula tu. bila buat perasmian, nama pun ditukar kepada Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Tunku Puteri Intan Syafinaz. agak grand juga la perasmian dia. sultan kedah dan isteri datang rasmi okayy. Tunku Puteri Intan Syafinaz pun ada. 

bila dah invite sultan, mestilah ada jamuan dan persembahan kan ? takkan lah rasmikan tempat tu, terus choww. no no no. its not like that. kalau tak silap time tu umur aku 6 tahun kot. aku turut terlibat dalam show untuk hari tu. serious lawak gila bila ingat balik and tengok picture yang ibu snap.

aku and the gang kena buat ala ala cerita berlagu gitu. tahu tak lagu Pak Mamat Ada Kebun ? haa, lagu tu la jadi theme song show kami. aku jadi itik kuning baii ! terkedek-kedek pusing atas stage then berdiri sebelah pondok goyang-goyang ekor. satu badan goyang-goyang okayy. gila lawak. paling teruk bila aku jejak ja kaki atas stage, audience gelak kat aku. mak aihh. time tu aku rasa nak lari laju-laju dari situ. tapi aku bukan jenis tu. aku tak peduli pun. yang penting aku perform elok-elok. if aku lari laju-laju time tu, mesti sia-sia ja cikgu suruh practice bagai nak rak.

show untuk hari tu bukan cikgu yang jadi pengacara eh. tapi member baik aku yang handle. aku tengok dia, dari kecik dah ada talent jadi pengacara/emcee. no doubt lah sekarang pun chop tu memang dah sebati melekat dalam diri dia. mula-mula cikgu nak bagi aku yang jadi pengacara tapi disebabkan aku malu-malu kucing, cikgu bagi tugas tu dekat Ainur Hana Bt Huzaidy. aku ingat lagi nama penuh dia cekk oii sebab kami nie selalu dok main balas-balas surat. lekat setem then pos tu memang wajib la. habis malas nak pos, kami kirim kat mak masing-masing suruh bagi. hahaha ! serious rindu time tu. sampai sekarang ada satu sampul besar aku simpan semua surat-surat tu. =D

the best part is bila aku join Pertandingan Bintang Kecil tahun 1999 if tak silap aku la. aku jadi penari bollywood complete dengan pasangan menari cek oii ! EPIC  gila ! dapat first prize lagi tau ! hahahaha ! pasangan menari aku tu girl okayy. actually, aku tak menari hebat mana pun. goyang-goyang tangan. gelek-gelek badan saja. plus, cikgu dok depan stage tu siap bagi instruction lagi tau. hahaha !

paling lawak bila aku and dua member baik aku tertidur time sembahyang zohor. orang dah habis sujud. aku nie still dok dalam keadaan yang sama tak gerak-gerak. ustazah balun buntot baru kalut bangun tersengih-sengih macam kerang busuk. biasalah, budak-budak. standard la. dalam surau tu pula ada aircond. dengan sejuknya, dengan berkarpet tebal, dengan keadaan cahaya yang mendung. haa, mana laa tak lelap aku nie. hahaha !

petang-petang kami suka serbu bilik komputer sementara tunggu parent datang ambil. kerja kami main game. ada library, tapi kadang-kadang saja masuk. aku ingat lagi, punya la pulun ambil buku buat-buat baca sebab reporter nak snap picture. hahahaa ! gila-gila betul.

nama-nama yang still aku ingat masa tadika dulu :
 Ainur Hana, Syahirah, Mahadi, Hani (kakak kepada Hana), Ira, Amy
start dari kiri : aku, hana & syahirah 

start dari kiri : adik aku yang second, hana & aku

yang lain tu tak ingat. nama-nama yang aku ingat nie adalah orang-orang yang selalu ada di sekeliling aku.

aku ada collection photo time aku kat tadika and time persembahan. nanti aku letak. kena selongkar almari dulu. mampus kena bising dengan mak aku la coz selongkar pictures dulu-dulu. ye lah, dia simpan elok-elok, kita pula semakkan. siapa tak marah kan.

adioss peeps !

2 comments:

UniMeOw said...

nak tgk yg bollywood 2~haha...kajol tgk mst tnganga..hadeh..

sweet sgt tadika!

Wardah said...

aku rasa aku pun ada time tu, ntah2 kita satu kelas x? ko letak la cepat2 gambar time masa tadika tu. Masa sultan datang aku buat persembahan wau bulan rasanya.