hari ini menggila dengan BFF

hye peeps ! siot ah ! blog dah terbiar. bersawang merata. kasihan.. biasalah, orang busy memang macam nie. time ada masa pandang sebelah mata je. pemalas ! okay, stop setakat tu. nanti aku merapu mereban, korang nak termuntah lak kan ?

actually, memang aku plan punya lama dah nak pergi rumah emy. but tahu-tahu lah. aku tengah kerja part time di cinema salah sebuah gedung membeli dan belah di pekan jitra. asal ada masa lapang, aku kena pergi driving class. tak pun kena kemas rumah. tak pun buat  tahi mata (tidur) coz nak cover balik waktu tidur aku yang tergendala. biasalah, kerja di cinema kan kadang-kadang pukul 1.30 pagi baru terpacak kat rumah kan.

so, hari ini adalah hari yang di nanti. setelah berpakat besar dengan wan, aku dan dia berkonvoi naik motor pergi alor setar (AS). ya, aku akui. itulah kali pertama aku pergi AS naik motor. jakun gila jalan-jalan kat AS tu. tak ketahuan. nasib ada good good friend yang siap sedia membantu. terima kasih lah weyyy ! tujuan utama aku nak pergi sana ialah nak jumpa si emy ni coz aku rindu gila babbbi kat dia. lama sudah tak bersenda tawa macam orang hilang akal. i'm missing that moment. *LOVE !

wan pula menerima tawaran aku untuk berkonvoi atas satu sebab yang dia sangat nanti-nanti kan iaitu jumpa emy. jelas terpancar kebahagiaan for both of them *LOVE ! seperti biasa, habit kami adalah bergelak sakan. pernah mencipta rekod ketawa sampai senak selama satu jam. hebattt dak ? *tak hebat pun kan.

wan dengan teka-tekinya. si ainin dan si emy dengan webcam dorang. aku ? aku turut terlibat gelak kuat-kuat. bila dah pakat gelak sakan, semua pakat tertidur di living hall. *err, tertidur ? wan tidur sekali ke ?* heyy ! heyy ! jangan jadi otak sempit lahh. dia memang tidur juga tapi dia kat atas sofa sorang-sorang. aku, emy and ainin di bahagian sofa yang lain. dah lumrah bila boy masuk rumah yang ada anak-anak dara, mesti orang akan fikir bukan-bukan kan ? for your information, kitaorang buka pintu selebar-lebarnya bagi mengelakkan gosip-gosip seperti pisang goreng panas di taman tersebut. itulah yang semampunya.

okay, next week macam teringin nak pergi rumah hang lagi ! kali ni macam nak sleepover kat sana pula. wait for me my dear friend ! hahaaha !


p/s : to aiman, my dearest friend. dia sudah touching kalah kanak-kanak ribena coz aku buat tak tahu je kat dia hari ini. lu tacing tapi tak nak mengaku. siku kunk !

# perasan tak ayat aku hari ni camna ? ayat skema bukan ? sila abaikan dan jangan ketawa berdekah-dekah macam orang hilang akal.


ADIOSSS PEEPSS !

No comments: