SANCTUM 3D - review by me.



ok cerita ni pasal...
explorer yang pergi ke gua Esa-Ala. tak tahu laa gua tu kat mana tapi ada gua tu besar giler. bulat elok je kat tengah-tengah bukit dalam hutan. kisah yang sebenarnya explorer ni nak mengkaji sistem dalam gua tersebut.
dalam gua tu ada kawasan takungan air hujan. so, dalam gua tu dorang punya base kedua lah. yang first base kat atas gua tu.

nie base kedua dorang - dalam gua Esa Ala

so sampai satu masa, Frank dan Judes nak selam masuk dekat satu tempat yang belum di explore oleh orang lain known as Devil’s Restrictio. jadi bila mereka berdua dah sampai sana and dah puas tengok Devil’s Restriction tu, dorang nak berpatah balik lah pergi ke kem mereka. tapi tiba-tiba Frank nampak hos pernafasan judes bocor and belum sempat Frank nak baiki, hos tu terputus. jadi dia takde tank
back-up. si Frank pun offer la alat pernafasan dia. bukan CPR ye!! bila dah tukar-tukar bernafas nie, judes panik. ye lahh, sape tak panik bila duduk dalam air then alat pernafasan pun dah rosak kan.dia tak nak tukar hos tu dengan frank padahal hos tu frank punya. at last frank tolak judes and judes mati kelemasan.lepas tu, Frank balik ke tapak perkhemahan bersama mayat Judes.

lepas kejadian tu, dekat luar gua pulak tengah hujan ribut. orang-orang dekat luar tu suruh Frank dan lain-lain keluar dari gua tu sebab hujan ribut dah bertukar jadi taufan. tapi mereka tak sempat sampai ke atas sebab dalam gua dah banjir. air hujan mencurah-curah masuk. tambahan pulak, satu-satunya jalan keluar dah tertimbus oleh satu batu besar.


so, dorang tak da jalan lain melainkan terpaksa cari jalan keluar di bawah gua. nak tak nak, terpaksa lah menyelam masuk dalam air untuk cari jalan keluar dan di situ bermulalah exploration dorang. sorang demi sorang mati. yang paling sedih bila dorang terpaksa bunuh kawan sendiri sebab kawan dorang dah injured teruk. daripada terseksa lebih baik matikan je. keadaan macam tu jugak la terjadi kepada Josh, anak kepada Frank, dia terpaksa bunuh ayah sendiri sebab ayah dia injured teruk masa bergaduh dengan gara-gara Carl ingat Frank tak nak selamatkan dia sama.

Josh terpaksa survive sendiri keluar dari gua tu. actually, Josh nie pendaki terhebat. dengan berbekalkan satu lampu kecil and satu setengah tube oksigen dia berenang sorang-sorang. tapi oksigen and battery lampu tu pulak habis time dia sampai kat satu area yang ada macam gelembung-gelembung oksigen. nasib ada lampu dari rantai leher dia. lampu nie sebenarnya boleh keluarkan cahaya. ia diperbuat dari tanduk babi hutan. ayah Josh yang hadiahkan time birthday Josh dulu. tak sia-sia ayah dia bagi kan ? if tak, tak sampai laa Josh ke permukaan laut tu. Josh sorang je yang terselamat keluar dari gua tu.

minah nie rambut dia terlekat kat tali tu.
sampai terkoyak sikit kulit kepala dia.


Frank and Josh dah jumpa jalan keluar. tapi masalah laa pulak sebab tak da peralatan untuk naik ke atas.
so, Josh buat keputusan untuk selam dan cari jalan keluar lain. time nie, Carl tak muncul lagi.



yang kiri tu, Victoria. yang kanan tu, Carl.


left : Frank. right : Josh or Joshua (handsome gak kan ?)

cerita aku dah dipendekkan. if aku cerita full, sampai esok pun tak habis sebab dok karang cerita nie untuk sinopsis. movie nie best sangat. banyak suspen. yang paling aku tutup mata banyak bila dorang tunjuk mayat orang yang mati tu. seram dowhhh. aku tak sanggup tengok.bagi aku teruk sangat kot.tak tahu la korang kan.
so, aku stop sini dulu lahh ye. layan trailer SANCTUM nie untuk pemahaman yang lebih terang.


bye peeps !

No comments: