Lesson 2 : Driving Class


now, i dah dapat lesen L. i mean dah a month lahh. so, hari ini baru berkesempatan pergi driving class for lesson 2. dulu tu just kenal macam mana nak drive apa semua. hari ini i dah buat untuk jalan raya. first thought, i memang ingat susah giler dengan kereta banyak lagi. tambah pulak, jalan yang aku kena lalu tu ada pasar malam. aduhh, lagi risau lahh. takut tak sempat break ke apa ke kan.

tapi sangkaan aku meleset sama sekali, drive kereta memang best ! hahaha ! tu laa orang tua-tua cakap, tak kenal maka tak cinta. kan aku dah jatuh cinta. ceyyy... hahaa ! dapat cikgu pun yang sporting. kali ini, cikgu cina.  dia memang A ++ lahh !

tak macam hari first masuk driving class untuk first lesson tu, dapat cikgu melayu memang takk best langsung. tapi if dapat yang style gila-gila tak pa laa. nie aku dapat yang muka mencuka. senyum pun tak. aku salah sikit, dia tegur salah aku macam aku dah pernah drive kereta dah. haishh, naik geram jugak. aku rasa macam nak cakap direct je kat situ yang aku datang sini nak belajar drive kereta, tak payah laa dok buat muka macam baru lepas gaduh ngan bini. perghh !

tadi turun je dari kereta tu, lutut aku dah jadi macam nenek tua dah. sakit lutut oiii ! tu laa, kaki keras sangat nak tekan minyak. orang suruh smooth, dia nak jugak keraskan kaki tu. haa, padan muka !

No comments: