rindu yang amat kat budak-budak 5 Bestari 2010 SMK Paya Kemunting

masa berlalu memang sekejap je. pejam celik, pejam celik, dah sedar-sedar habis sekolah sudaa. SPM pun dah melingkup habis dah. I MISS YOU ALL!!...


hey, kelas kita yang GLAMOUR sekali kan? sampai semua cikgu dalam sekolah tu ingat kat kelas kita..
tanya je pasal 5B, semua cikgu kenal, semua cikgu tau. kan kan??


rindu nak keluar rehat sama-sama..
rindu nak kena rotan teacher yang panjang tu ramai-ramai..
rindu nak berebut-rebut baca essay kat teacher..
rindu nak belajar dengan cikgu Naim merangkap cikgu Bahasa Melayu..
rindu nak dengar hampa semua nuat hingaq dalam kelas..
rindu nak tengok mirul kena buli ngan peenjo a.k.a pajero and Lee a.k.a Teddy Bear..
rindu bila kita semua pakat-pakat buat birthday gathering hari tu..habis krim kek tu hampa calit-calit..
rindu nak jadi ceti a.k.a kutip duit kelas..
rindu nak tengok Pia kejan orang bayaq duit birthday tiap-tiap bulan..
rindu nak kawad KRS lagi..
rindu bila kawad kaki peringkat daerah dulu tu..happening je..
rindu bila cikgu Khasmi buat spotcheck besar-besaran..
rindu bila kita pakat-pakat tau yang ada spotcheck and kita pakat-pakat bagi segala benda terlarang kat mak Amin..
rindu nak dengar cikgu Naim buat lawak dalam kelas..
rindu nak gosip-gosip bila cikgu tak da dalam kelas..
rindu nak ber-camwhore dalam kelas ngan Emy..


adehhh, semuanya aku rindu lahh! by the way, semua kenangan yang pernah kita lalui bersama, aku tak kan lupa punya. aku ingat sampai mati muka-muka brutal hampa semua..hahaha!


KLIK UNTUK LIHAT LEBIH JELAS

p/s: wehh, mana picture yang kita ramai-ramai buat bentuk 5B kat dataran kejat tu??

No comments: