Masters Degree!

whaddup peeps!

lamanya siaaa tak hapdet blog terchenta ni. last post was paah's wedding. memandangkan aku tengah cuti mid sem ni kan, why not hapdet blog even takdak pun orang baca hahahaha

eh? what? Cuti mid sem?

bukan dah habis belajar ka? bukan dah nak konvo ka? hang repeat ka? hahahaha... well emm aku sebenarnya sambung belajar lagi gais. sebab aku further study ni pasai frust menunggu kerja yang tak pasti. ingat bercinta ja ka boleh frust, boleh menunggu cinta yang tak pasti? apa pun boleh laaa. eee pikiaq apetuuu

mak aku lak dari aku menganggur lama-lama, takdak apa nak buat better hang sambung belajaq. tak buang masa and nanti takdak la rasa malas nak sambung dah masa dah dapat kerja. ha laa malas sebab nanti dah kerja, hang dok syok pegang duit. belajaq pun takmau dah. tapi memang betoi pun hahaha dah ada duit, berfoya-foya la kite :P

so, now aku sambung mengaji balik. aku ambik course Masters in Science (Managerial Communication) di Universiti Utara Malaysia. yeahhh this time dah kembali ke sarang. takdak dah berhijrah ke negeri orang beb. save duit hehehe. btw aku baru semester 1 gais. bulan Feb haritu baru masuk. Yayy jadi student balik. Hello DISCOUNTS FOR STUDENTS :P

how's your study?

so far so good! yesss at first memang aku rasa nak give up, stress semua ada wehh. baru first sem aku dah rasa down hahahaha padan muka hang gedik lagi nak sambung kannn. masters ni tak banyak beza sangat pun dengan bachelor degree dulu. just pi class, buat presentation sikit, discussion sikit, debate session sikit and done, you survive first sem. oh lupa nak habaq. aku ambik mode coursework. besa la aku ni bodo sikit kalau ambik mixed mode or full rsearch. otak aku kurang ilmiah hahahah orang macam aku ni better pi class balik class ja. seswai.

sem ni aku ambik 3 subjek ja dulu, nak tengok kemampuan otak kepala aku ni mampu load dengan ilmu yang banyak or not. besa la dekat setahun weii aku tinggai zaman belajar. otak pun kinda tepu, beku, slow dah. oh faktor usia sama k. aku tak malu aih nak habaq umur tua. geez.

ada 1 kelas tu aku sorang ja student weii. gilababs la cuak and awkward. tapi lama-lama okay la. dia buat lecture kat bilik ja. tapi sebenarnya best. sebab lecturer akan bagi 100% effort kat kita and kita pun akan bagi 100% effort jugak sebab belajar one to one. and the lecturer pun boleh tau kita ni potensi untuk menerima tu macam mana. hopefully class ni aku dapat A la. sebab aku put on 100% effort kot untuk class dia and dia mengajar pun senang faham.

another two class, tak ramai pun. dalam 5 to 6 students ja. class diversity aku paling tak suka sebab kena buat presentation and ada debate session. bukan satu dua wehhhh. ENAM ! so far dua dah lepas. ada lagi empat! aku dah otak cap ayam ja. nak bercakap depan orang cukup nervous. ideas banyak dalam pala otak cuma nak sampaikan tu aku terus jadi blur wehhh. oh god help me! kalau kena jadi moderator lagi la pishang wehhh T_T

Paah dah kahwin!

Hello guys. Waddup?
Ada lagi ka baca blog ni👀 hahaha mampus lah

Now aku otw pi kenduri kahwin. Since menganggur ni, ikut parents pi makan kenduri kahwin aje leee. Makan free kot. Gila takmau ihiks. Tapi picang gak ah mai kenduri, kena tunggu mak mak pak pak menyembang reunion apa bagai.

Adalah lebih afdhal aku sembang dengan blog aku😝 Dah alang-alang mai kenduri, aku nak hapdet sikit my classmate aka coursemate aka kawan rapat masa degree dah kahwinnnnnn. Wuhuuu

2 minggu lepas (mak aih baru nak hapdet, pi kat hang), dapat invitation Paah nak kahwin. Actually weols tau dah Paah plan nak kahwin since practical haritu hewhewhew. So, on the actual day aku tumpang Sha. Ain pun ada. Boleh pulak Puma aku rosakkkkkk time tu😭 patah kaki sat

Btw kenduri Paah ni kat Perlis. Jauh jugak la sebab tak besa pi hahaha kami 3 ekoq dok ketaq perut dah lapaq😝😝😝 Once we arrived, serbu khemah makanan aaaa. Dahsyat attitude hampa. Kot nak tunggu jumpa Paah dulu😂 time kami sampai tu Paah dok tengok photoshoot atas pelamin whilst tunggu pengantin laki sampai. Okay boleh diterima attitude ittew haha

Sumpah Paah was sooo pretty in her pink purple dress. Serious lawa. Aku jarang nak puji puji ni kakakaka nah tengok ah pics caya tak caya how beautiful she is

VIVA!

Hello peeps.

Harini nak cerita sikit pasal hari viva aku 26 Jun 2016 haritu. Fuhh memang complicated. Tersangat down. Memang nak nangis kat depan tu jugak. Dah la first presenter untuk tajuk group aku. Perghhhh pegi diaaa. Merecik.

Segala mak nenek aku dah prepared siap siap before hari terpenting tu. Slides, pratice, 1st draft project and all. Hang tau dak aku berlatih bercakap berbulan sebelum hari viva. Masa practical haritu ada 1 event ni nama dia Malaysia 3 Minutes Thesis. Punya lah aku perhati satu-satu apa benda setiap presenter cakap, slides depa, macam mana depa jawab soalan dengan panel. Fuhh terus nervous macam aku lak present. Nampak dak betapa aku ambik berat gila gila pasai benda ni. Ya ah. Ni la bakal future aku. Bakal nak menentukan aku dapat grad on time or tidak. Harapnya on time lah.

Back to the story, nak dijadikan cerita ni aku tak expect langsung tau kena PRESENT SEMUA BENDA DALAM THESIS TU. Dari A to Z! Ya ah, aku expect just present intro sikit apa benda aku punya research and findings yang aku dapat. Sekali nah ambik kauuuuuu. Kena bambu teruk! Aku tak sempat tepis & menjawab langsung. Memang sebijik macam M16! Bertubi-tubi panels bagi soalan & pertikai research aku.

Alamakk. Aku dah rasa down gila time tu. Panel marah sebab aku present tak follow macam dalam thesis dari intro sampai conclusion. Ya allah. Aku tengok format student uitm untuk presentation cuma letak beberapa benda penting sajaaaa. Dia tak ikut pun turutan setiap satu. Btw viva level degree macam aku ni panel just bagi markah untuk presentation saja. Markah thesis pulak supervisor akan bagi.

Tak sudah dengan tu. Dia kecam lagi pasal format thesis aku. Lahh aku follow guidelines yang lecturer bagi kot. Kebetulan panel aku tu lecturer research method aku sem lepas. Jadinya dia marah la tak ikut format dia. Hahaha dah dia tak state pun apa dia nak tu dalam guidelines. Macam mana aku nak follow? Adoii

And banyak lagi depa bambu aku. Tapi aku tak ingat dah. Pasai dah kena tembak dengan M16, terus blur apa dia cakap. Sekecik kecik alam pun dia nampak salah tu. Haaa hati-hati la hampa yang mana baru nak viva nanti tu.
Habis viva, terus jumpa supervisor untuk final check before print for hard cover. Yes. Aku & group mates kena buat balik thesis tu! Baru dok bayang nak balik raya dengan aman. Terus haritu semua takda mood. Balik la dengan hsti yang lara. Hahaha kesian.


Ni haa first draft thesis aku. Nak dapat ni pun pecah peluh  gak la dok kat kedai printing tu.

Shee 'Off Market'!

What's up peeps?

Harini aku nak cerita pasal BFF aku yang baru-baru ni dah 'off market'!
Dia dah kahwin laaa. 27th May 2016 haritu. 

Well sebenarnya berita kata dia nak kahwin ni agak surprise jugak sebenarnya. Bukan agak surprise, memang surprise pun! Mana tak nya tup tup habaq kat group kata nak kahwin lagi 3 minggu??! Ya ampunnnn budak niiiii dalam dok kata next year tuuuuu -.-

Aku dengan Anum be like.... Alaaaa Shee nak kahwin dahhh. Tinggal kita ja. (Sebenarnya aku takda "alaaaaa"sangat hahahaha) Takpa num, Kita lambat lagi ni orang kata ada hikmah. Cececece ;P
Excited tho BFF nak tamat zaman bujang dah. Lepas ni kawan-kawan aku kalau ajak lepak makan, pakat usung anak laaa hahahaa

So, a day before Shee's got married, dia ada buat malam berinai. Ada tema pulak dahhh. Haa, tema dia ni aku kurang selesa ah. Pasal tema dia ala ala kampung. Dah nama pun kampung, kena ah pakai t-shirt & batik! Duhh batik tu sumpah aku kenot go. Tak reti pakai (#JanganKecamSis) Haritu malam berinai Shifa pun ala ala kampung gak. Baju kedah & Batik. Gila ah aku pakai kerja nak londeh jaa. Senang cerita aku buat syarat pakai masa photo shoot ja la. Tobat lahom la nak pakai sepanjang malam tu. So, that night I asked for an excuse to wear batik pants. Thank god Shee was agreed! HAHAHAHA I'm blessed!


Gambar dengan geng lain nanti ah upload.
Tak upload lak dalam One Drive -.-


That night was so fun. We laughed, bluffing around, talked about life etc. Gosh I'm gonna miss this.
Malam tu ada Nininunui, Imah, Leya. Anum can't join us, Sho shaddd




Esoknya... jeng jeng jeng the history day for Shee & Azad. Gosh we can't accept the fact that she will be a wife that evening. All of us still in the terkejut manja manja mode. Biasalah. Girls be like that laa. Complicated AF. Wakakakaka. Aku tau ah pasai aku sendiri pun tak faham betapa complicated nya aku :P

Masa yang di tunggu telah tiba. (Acewahh). Berkumpul pukul 2 PM kat rumah Shee then Pukul 3.30 PM gerak pi masjid depan rumah Shee. Geng-geng yang single ni macam biasa dok usha line kawan-kawan Azad sebab semalam masa berinai depa ni pakat dah kakakakaka allah macam la hampa tak pernah buat. Tapi tak ramai kawan laki Shee ni mai pun. So, weols just focus on Shee punya akad nikah (Actually bukan tak focus langsung, FOCUS. Cuma kureng sikit ja hehehe)

Alhamdulillah that historic evening, Shee & Azad dah selamat jadi laki bini woiii! We are all happy for you bebeh. Masa tok kadi dok interview si Azad tu, kawan-kawan aku yang lain ni semua dok kalut plus excited plus dok ketaq. Pakat dok bayang memasing kat tempat Shee. LOL. Aku watlek watpis ja. Siap dok main snapchat. Puii tak guna Syid.



 She's sooooo pretty!


\
Sama tinggi, sama size hikhik dulu Sir Shukran kata macam twins hahaha



Shee happy nau nau beberapa minit lagi nak jadi wife Azad




Awww bebeh I dah jadi bini orang



Okay. Ni Bf I sanggup teman I mai kenduri nikah BFF. Sanggup dia "ponteng" kerja semata-mata nak teman dia punya Gf :P
NO. I'm kidding. Ni anak sedara Shee. But this boy ah I tell you, is so adorable, cute, handsome, sweet blablabla. Mr. Famous kat kenduri. Semua tak sudah sudah memuji and dok usha diaaaaaa. Ishh
(kkkk pulun)


SELAMAT PENGANTIN BARU SHEERA & AZAD!


Till then. 
xoxo

Kelantan. I'm back!

Esok balik Kelantan. Taktau nak yay or nay hahahahaha
14 Mei ada bengkel SPSS.
Bengkel yang WAJIB bagi kanak-kanak ribena macam aku yang tengah practical attend.
Malas. Tapi dah sebab benda ni dikira nanti dalam result, nak taknak kena pi la cek oiii. Takmau la effect result. Kena repeat lagi la aku mintak simpang. Aku nak grad 2017 woii!

Data entry pun aku takdan nak habis kan lagi. Tengok ah malam ni kalau sempat ke rajin ka. Dengan questionnaires pun distribute tak habis kohkohkohkoh. Pasai banyakkkk. Huwaaa thesis pun ke laut lagi weh! Sabaq syid sabaq

My Youtube Channel

https://www.youtube.com/channel/UC9Vry5c1gFudo6FoU1fZdGA

Simple kan channel art aku? Hahaha sapa ja tak suka hitam. A happy colour kot! :P

CLICK GAMBAR ATAS NI. DIA AKAN DIRECT BAWAK HANG PI KAT CHANNEL AKU

Yassss I'm back! What's up peep? *Haha macam la ada orang baca blog hang. ciss*
Aku tengah boring kaww ni depan pc. Well student practical selalu macam tu. Takda kerja. pehtu melangut ja kat meja. 
Aku tengok PC, PC tengok aku.

Saja la nak buat publisiti sikit kat blog aku ni. Dak saja nak habaq, pi la subscribe channel aku sat. Dih ngat aihh takdak subscriber ponggg hahhahahaha
Takdak lah. Aku melawak ja.

Kat channel aku ni takdak dok beletiaq buat vlog macam youtubers lain tu. Aku just share aku punya travel vlog ja. You know some random things masa aku pi travel. Tak kira ah travel dalam negeri sendiri pun, but still benda tu travel kan?
At least kalau hampa tengok, tobat rasa nak pi jugak. Tobat hampa tanya, weii hang pi ni kat mana aku teringin nak pi gak
Kan?

Nah ni travel vlog yang paling latest. Baru ja upload. Bila taktau, lupa dah aih. Besa la short term memory ni memang selalu menyusahkan orang gais



ENJOY! ;D

p/s: patut dak aku share story mory sikit pasal travel aku ni?

Nicknames

Hi peeps! Saja. Boring ah. So, lepak sini. Dah almost 2 months dah aku practical rupanya. Tak sangka. Saja gak harini nak cerita asal usul macam mana segala mak nenek nickname aku tercipta. Hahahaha gittew
Tak ah. Bukan apa. Nanti aku dah tua nyanyuk, at least boleh refer sini. Kisah disebalik nama. Hahahaha poyooo

KAK LONG

Sebab aku kak long kawasan lah. Pahal lak sesaja nak bagi kan. (Baca boleh percaya jangan)
Ni nama panggilan dalam family. Biasa lah anak sulung kan. Kekadang "Kakak" aje.

SYIDAH

Okay nama ni aku tak suka. Hahahaha. I don't know why. Tapi macam mana tah. Actually, ni nama dalam family gak. Family belah ayah dok panggil. Rindunya tok & tok wan dok tempik "syidahhhh syimahhh bangunnn!!" dari bawah sebab nak kejut cucu cucu dia dua ketol ni bangun ;'(  Al- fatihah to them.
Kawan-kawan pun panggil jugak nama ni. Kawan tadika dulu & officemates kat UUM. Aku malas ah nak introduce nickname aku syid. Kang tak pasal depa shit kan aku

SYID

So, start masuk sekolah rendah, nama Syid ni dah bermaharajalela. Classmate la start panggil. Terbawak bawak sampai aku dah besar dabak ni
Officemates kat tempat aku practical ada gak yang panggil syid. Kekadang syidah. Ikut mood depa la kot?

RARA

Okay nama Rara ni modern sangat kauu. Rasyidah jadi Rara? Hahahaha poyo sangat kannnn. Dapat nama ni masa zaman diploma. Masa tu lepak lepak dengan princesses aku. Pastu cemana tah, ter-create nama memasing. Anum jadi Riri. Sheera jadi Shee. Shifa jadi Fafaa. Hahahaha lekat la jugak sampai sekaranggg

So, mostly nama Rara & Syid la yang paling orang dok sebut sebut. What to do kann. Every nicknames ada dia punya value dia sendiri. So, follow the flow.
Adiosss. Chiaww

Fafaa Officially Off Market!

Fafaa dah kahwin!

Haritu 16 April 2016 hari Sabtu Fafaa dah tukar title jadi PUAN! Woii apeni. Lepas sorang off market, sorang lagi pun off market hahahaha
so, now tinggal aku & anum je lah. The only two princesses that still single :P

We're waiting for our prince charming actually. Yang mana crush kat weols tu, please make a move! Hahahaha

Congrats Shifa! Selamat Pengantin Baru. Semoga cepat-cepat dapat baby omey. Tinanum tirara tishee just can't wait to hugs & kisses Fafaa junior. Hihiks.

So, who's next?

Shee Unofficially Off Market!

Hello. Hi.

Congrats Shee for your E-day! I still can't believe it. Shee dah bertunang OMG dulu-dulu tidur sekatil sebantal main lemak hang aku, dok merepek meraban dengan anum & fafaa.

Sat ja masa berlalu. Bukan shee ja off market. Fafaa pun sama! OMG dia nak kahwin dah next month huwaaa

Tinggal la aku dengan anum ja. Still dalam market hahahaha but anum is soon going to get her prince charming I think :P

But I'm not. Still wanna be single mingle. Ughh too many frustrations dah hadap so aku dah malas

I'm so happy for my friends ;')

Internship

Hello. Hi.

So today is Monday, 28 March 2016. Dah sebulan practical kat UUM. OMG lambat lagi nak habis. I just cant wait to finish my degree. It's so stress T__T

Now tak busy. Boleh la layan cerita Lost yang ber-seasons tu. Jenuh nak marathon kat iflix. Thesis is on the way dok buat chapter 4. Ughh. Report practical taknak fikir lagi. Lagi serabut hidup. Ughhh lagi